Monday, November 9, 2009

Renovations day four


Ok kelas. Hari ini, kita nak belajar macam mana nak tambah, tolak dan tukar unit ukuran. Mari kita tengok soalan matematik kita.

Contoh: Encik Ong diberitahu oleh kontraktornya bahawa harga untuk membina kaunter dapur berbentuk L adalah RM1,800. Beberapa minggu selepas itu, Encik Ong memberitahu kontraktornya untuk tukar bentuk kaunter dapurnya dari L kepada I. Kuotasi baru kontraktor adalah RM700 kurang daripada harga asal.

Soalan 1: Berapakah harga bahagian kaunter dapur baru yang berbentuk I?

Soalan 2: Jika Encik Ong meminta kontraktornya untuk diskaunkan lagi harga baru kaunter bentuk I, dan kontraktornya memberikannya kuotasi RM900, berapakah harga sebenar bahagian kaunter asal yang Encik Ong abaikan?

Soalan 3: Jika bahagian kaunter yang diabaikan digantikan dengan kaunter dapur Ikea Udden yang panjangnya 60cm, berapa unit Udden ini diperlukan untuk memenuhi dapur yang panjangnya 8 kaki?

Soalan 4: Apakah pandangan anda tentang peranan Cik Lee dalam keputusan ini?

2 comments:

Qianyi said...

saya tak faham post ini.. ada translation tak? lol. :D nice pic btw!!!!

Athalia said...

Qianyi! Because you are such a loyal and faithful reader, I will send a translation specially to you!

Hmm...I wonder how it will come out in Babelfish. Heh.

  © Blogger templates Brooklyn by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP